Pages

03 November 2009

kawen..kawen...








sedikit jamuan utk kawan2 semua.. selamat menjamu mata...

maaf x dapat nak upload pix banyak2. klu nk tengok gambar2 semua, ada di facebook. tak pun,

jemput aje datang ke rumah. tapi call dulu ye...

salam sayang,

Fiza Nazri
Putrajaya

07 September 2009

walimatulurus



salam 1 malaysia

kesempatan yang singkat ni, aku nk menjemput..

jemputan kahwin... jemputla semua datang ye..

ni kad nya.. khas utk yg tak dpt kad undangan.. maaf la klu kad tak smpi ke kawan2 semua. tp semua dijemput ye.. almaklumla.. kad tempah tak cukup. bajet kurang. ahaks..



jemput ye.. semua dijemput memeriahkan majlis walimatulurus saya...



wassalam.

fiza
hulu langat
7 september 2009
5:40pm

07 July 2009

hari gembira bersukaria

sabtu lepas, hari bergembira. lihat sebelah -->

mmg seronok, ada kawan dtg KL nk g wedding kwn yg lain ahad lepas. jadi, aktiviti bermula seawal hari sabtu lagi la.. masa ni, tgh on the way nk ke jusco bukit raja, menonton ice age 3... super gembira la sabtu lepas... ;P


tapi kan, sebelum tu, bershopping dulu kt subang parade.. meeting point kt sana. abes gak la duit sambil2 menunggu kawan2 semua sampai. hahahaa... da mmg perempuan kan, takde duit mcmana pun, duit nk soping tu sket2 mesti ada.. hahahaha... seronokkk...




bukti kegembiraan:





tengok, aku tak tipu kann?? hehehe... mmg seronokkkk sangat...









pas tengok ice age 3, melepak lak kat dataran shah alam. akibat rindu kt bandar tempat belajar dulu.. :)









satu kepuasan.

bulan depan ada lagi episod gini. bulan sembilan, mungkin da jadi budak baik. bulan puasa. lebihkan beramal. lepas tu, jadik puan. takutnye..

ahad tu, sorang lagi kawan da jadi puan. tengok dia seronok aje??? hihii






kami pun seronok, sebab dpt jumpe lagi ramai kawan...








ada yang da bawak anak...








kesudahan: semua dengan muka kekenyangan.. hehehe... LICIN











My Say: kalau hari² gembira macam ni, indahnya dunia...

05 June 2009

SENGAL!!

aku tension....
tensionnyaa aku!!!

frust dengan kehidupan sekarang..
aku tak suka balik rumah...
tapi aku tak ada fund untuk melepak kt luar hari2...

aku tension...
banyaknya benda nak kene fikir...
sibuknya nak kahwin ni...

aku tension...
kenapa nazri kerja jauh sangat...
aku nak jumpe dia hari2

aku tension...
aku nak pindah rumah sendiri...
nape lambat sangat unit kuarters ni nak bagi kunci rumah baru...

aku tension...
bosan dengan kerja yang membuatkan otak aku makin lembap
yang buat aku rasa semakin hari semakin BODOH!!

kenapa semua benda sangat SENGAL???
aku frust sangat...

Dugaan kot...
mungkin ni cara Allah nak duga kesabaran aku...
so, aku kene lebih bersabar...

There's a saying:
Kadangkala ALLAH hilangkan matahari.... Kemudian DIA datangkan guruh... Puas kita menangis... mencari di mana matahari kita... rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi indah...

My Saying:
Orang yg kita rapat, yang kita sangka tempat kita mengadu, itu yang selalunya akan menyakitkan hati kita.. tp dalam kekecewaan tu semua, ada anugerahNya yang tidak aku sedari, yang cuma aku hargai bila kekecewaan tu terus-terusan mengganggu kosentrasi aku..

14 May 2009

menghitung hari...

First entry... hmm.. setelah lama cuma menjadi pembaca senyap dalam macam² blog orang, rasanya nilah masa yang sesuai untuk aku tulis blog sendiri. all this while, i only keep things to myself. nk cerita kt nas, dia sibuk kerja untuk mengumpul belanja kahwin kitorang nanti. bila ada blog sendiri, sekurang-kurangnya aku tak laa sunyi sendirian...



hari ni da masuk hari ke-38 nas kat singapore, bermakna dah 38 hari juga kami tak bertemu. rindu, memang rindu. tapi apa pilihan yang aku ada... aku pasrah, redha, moga hubungan ni dipermudahkan. cara dah nampak, tapi sekarang cuma kene buat pilihan.



banyak soalan aku da dapat, tanya bila tarikh nak kahwin... maaf ya, itu aku sendiri tak dapat nak jawab. semua tu bakal terjawab bila tunangku itu kembali ke Malaysia. sekarang aku cuma kene bertahan, buat persiapan apa yang patut. untung bagi aku, dapat wedding planner yang boleh nak paham keadaan kitorang ni. nasib...



dugaan bertunang? hmm... macamana nak jawab ekk...



Alhamdulillah, tak banyak dugaan. keluarga dah terima kitorang seadanya. mudah juga aku nak masuk dalam keluarga dia. rasa disayangi... :) rasa.... lengkap, rasa manis... tak tau nak ungkapkan, korang-korang yang hadapi situasi ni je yang paham... setakat ni, aku BAHAGIA walaupun berjauhan.



ORANG kata: Jauh di mata, dekat di hati
AKU kata: dekat di mata lagi bagus.. sebab di hati dah bersatu.. hehehehe