Pages

14 May 2009

menghitung hari...

First entry... hmm.. setelah lama cuma menjadi pembaca senyap dalam macam² blog orang, rasanya nilah masa yang sesuai untuk aku tulis blog sendiri. all this while, i only keep things to myself. nk cerita kt nas, dia sibuk kerja untuk mengumpul belanja kahwin kitorang nanti. bila ada blog sendiri, sekurang-kurangnya aku tak laa sunyi sendirian...



hari ni da masuk hari ke-38 nas kat singapore, bermakna dah 38 hari juga kami tak bertemu. rindu, memang rindu. tapi apa pilihan yang aku ada... aku pasrah, redha, moga hubungan ni dipermudahkan. cara dah nampak, tapi sekarang cuma kene buat pilihan.



banyak soalan aku da dapat, tanya bila tarikh nak kahwin... maaf ya, itu aku sendiri tak dapat nak jawab. semua tu bakal terjawab bila tunangku itu kembali ke Malaysia. sekarang aku cuma kene bertahan, buat persiapan apa yang patut. untung bagi aku, dapat wedding planner yang boleh nak paham keadaan kitorang ni. nasib...



dugaan bertunang? hmm... macamana nak jawab ekk...



Alhamdulillah, tak banyak dugaan. keluarga dah terima kitorang seadanya. mudah juga aku nak masuk dalam keluarga dia. rasa disayangi... :) rasa.... lengkap, rasa manis... tak tau nak ungkapkan, korang-korang yang hadapi situasi ni je yang paham... setakat ni, aku BAHAGIA walaupun berjauhan.



ORANG kata: Jauh di mata, dekat di hati
AKU kata: dekat di mata lagi bagus.. sebab di hati dah bersatu.. hehehehe