Pages

23 November 2011

azfar bottlefeed update

Hmm, smlm ptg, dlm kul 7 aku bagi susu dalam botol kt azfar, n dia dah nak minum sambil baring kat bawah (instead dalam cradle).. Alhamdulillah. Malam tu, before tido, dia da minum halfway sambil baring atas katil, then dia bangun xnak tido. Hmm.. X leh jadi, terus offer masuk cradle, then bancuh susu lagi sebotol, n dia minum sampai habis while lying inside his cradle. Then baru ajak tido kat bilik.


Then again, around 2am dia bangun, bagi susu lagi, minum dalam cradle gak, sampai habis n tido sampai kul 5am. Kul 5 tu dia bangun lagi, minum lagi tapi kali ni bagi atas katil je, n alhamdulillah habis gak sebotol minum sambil baring kt katil tu.. Kul 7am bangun lagi, bancuh susu lagi, tapi kali ni minum dgn nenek da la (ibu nak g keje dah)..  So harap lepas ni dah buleh minum kt mana2 pun la ye sayang..  X payah la ibu bawak balik cradle tu ke putrajaya nanti..  Hehehe.. Two thumbs up untuk azfar!


Btw, azfar minum banyak kali sebab bancuh sikit2 je utk dia.. Lebih kurang 4oz sekali bancuh. Huhu.. Bg suaikenal sebab dulu breastfeed bkn byk minum pun. Cuma kerap.


Published with Blogger-droid v2.0.1

22 November 2011

telatah azfar

Scene 1:

Masa: 1030am 22112011


Nenek: azfar ada demam lagi x? (soalan tuju untuk ibu, sambil dukung azfar)

Azfar: (sentuh dahi dgn tangan sendiri, pandang nenek sambil geleng-geleng kepala)

Nenek & ibu: ketawa je laa


Scene 2:


Ibu nampak kereta, tunjuk kt azfar sambil cakap "te"... Xpun full verse "itu kereta"..

Pastu mesti azfar pandang ibu, pastu akan sebut "kar".. Hehehhe.. Omputih ke ko nak...


Scene 3:

Masa: pagi ahad lepas


Nenek: (sambil pegang perut azfar) kosong da perut ni, asyik taknak makan..

Azfar: tunjuk pampers yang penuh (tetibe dia dah berak)

Wakakakakakaka


Sejak sakit ni, macam2 pandai dah dia.. Betul kot kata orang dedulu.. Budak ni demam nak pandai.. Hihi


Published with Blogger-droid v2.0.1

cerita sedih 22.11.2011

hari ni bangun pagi dengan semangat berkobar-kobar nak menghantar azfar ke nursery.. Ye la, semalam petang da sihat, da buleh mKn, da banyak minum susu, da main kt luar sambil tak pakai pampers.. Malam pon mood baik, byk makan aiskrim.. Makan nugget fries sume la.. Susu pun minum gak, agak banyak dari selalu.. So memang mood semua org da baik sangat tengok dia dah sihat..


Sampai kt nursery pagi tadi, teacher dia happy sambut azfar, walaupun azfar mcm nak xnak je masuk nursery, so dengan senang hati jugak aku tinggalkan azfar kat nursery dia...


Masuk je parking kt ofis, telefon berdering, tengok no nursery.. Sudah, apahal pulak kali ni... Teacher dia ckp, azfar da mandi, n diorang nampak azfar masih ada ulcer, n diorang request surat doktor kerajaan. Aduii.. Malasnya nak g klinik, sbb paed azfar dr saiful cakap azfar ok, kes ni bukan hfmd. Tengok kaki n tangan clear, xde bintik2.. Tp still diorang nak surat doktor jugak. So, secepat kilat, aku naik ofis, g punch in, trus isi borang time off, terus shoot g amik azfar kat nursery. Kalau ikutkan, azfar ada kelebihan kali ni sebab mak lang dia tgh posting kt klinik putrajaya. Patutnya leh la dapat selit line kan, tapi sistem register kt klinik putrajaya mmg sgt solid, xleh potong queue.. Hahhaha.. Tapi xpe, aku g gak daftar, ikut proc lagi.. N terus gak menunggu.. Tapi sampai ke sudah nombor x dipanggil lagi.. Sian kat azfar, da la belum breakfast..  Aku ketuk bilik doktor, explain nak surat pengesahan je, terus doctor tu direct queue azfar ke blk doc lain yang lebih laju.. Within 30minutes semua selesai. Walllaaaa... Azfar x dapat surat doktor yang dia bebas dari hfmd.. I did tried request for MC sbb da x cukup cuti untuk jaga azfar if he has to be quarantined.. Tapi x berjaya. So, tgk jam ada 2 jam lebih lagi, terus shoot balik langat, antar azfar kat nenek.. Sian dia, nenek kene jaga lagi sampai friday. Huhu.. Meaning, ibu kene berulang lagi la sampai jumaat ni.


Sabar je la kan.. Nama pun dugaan...


Huhu


Ni gambar azfar tadi, balik umah nenek terus pulun makan coklat.. Kelaparan :-P


Published with Blogger-droid v2.0.1

21 November 2011

paranoia

Ok... I know i'm being paranoid over my menstrual cycle.. Hahhaha..

I have my mens now so i am paranoid free for another THREE MONTHS..

Sorry darling that i posted this, i think i'll be ready by next year for another trial. Hahahhahaa love u..


Published with Blogger-droid v2.0.1

18 November 2011

eczema

Ok, now sapa yang kenal azfar mmg tau dia ada eczema.


Selasa lepas EL, sbb nak jaga azfar yang tengah ulcer n demam on off tu.. Being me, mana larat nak lekat duduk kt rumah kan. So ajak adik n giant cheras yang baru bukak tu.. Saje jalan2 cuti mata.. Last destination, ke guardian.. Mencari sebamed sebab aritu balik langat ingat kejap je, x semua barang bawa balik. Plan asal nak balik putrajaya semata-mata nak ambik sebamed dia, tp rasa sangat tak berbaloi. Decide beli je another bottle utk ditinggalkan kat rumah mama. So, this promoter tetibe propose sabun lain, instead of sebamed, sebab masa tu dia tenbok condition kulit azfar sangat horrible. Dia suggest "EUBOS", product germany. Aku request nak tengok barangnya, belek keliling, terus decide nak beli.. Harga memang mahal gile, untuk dua botol 200ml each, sama dengan harga satu liter sebamed. Huwarghhh... Tapi anak punye pasal, beli la jugak.. Dia bagi lotion botol kecik, free and aku pakaikan kt azfar jugak, after every bath. Since start pakai selasa lepas sampai hari ni (jumaat), perubahan kulit azfar sangat ketara.. Pipi da lembut, luka kt kaki da kering n dah takde bekas kuping2 tu, dia pun da semakin kurang menggaru.. This product is oil base, tujuan dia nak lock mosturizer dalam kulit la kot..


So, lepas ni rasanya setia kt sabun ni je kot.. Pasni nak g carik lotion besar sikit.. Btw, untuk nappy rash azfar jarang kena. Tapi bila da kena, biasa aku apply nappy rash cream brand 'Himalaya'. Memang bagus sebab in just one application, rashes all gone. ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.1

azfar x sihat lagi



Alahai... Sedihnye rasa.. Azfar sampai arini x sehat lagi.. Masih xmo breastfeed.. Formula pun bkn nak banyak pun, setakat hilangkan dahaga je.. Iye2 bancuh susu 4oz, tapi minum kadang tu x sampai setengah. Kekadang, langsung x minum pun ada jugak. Apa nak buat ek?


Dari ahad tuhari, masa outstation lagi mulut dia da kena ulcer.. Bukan aku x usaha g klinik, tapi masuk ni da 3 kali ye.. Termasuk hosp putrajaya. Ubat jel pun sapu.. Ubat spray apatah lagi. Kalau ulcer je, takde la risau sangat, tapi melarat sampai demam bagai. Mana x demam, minum da kurang, badan da kurang air.. Jadi temp badan naikla...


Sekarang ni harap sangat dia cepat2 sihat balik. Ibu nak duduk rumah kita la sayang.. Tapi risau jugak nak duduk berdua je nnt.. Skrg, azfar minum susu bila baring dalam buai, klu baring kat luar, dia xnak minum susu.. Air kosong dia nak jugak la.. Malam tido agak lama, sbb sblm tido dia makan. Mcm smlm, kul 9 makan, kul 1030 da tido.. Ibu pun tido skali. Pastu tido straight sampai kul 4am. Bangun je aku bg sip air masak, pastu dia tido.. X semapt offer susu.. Pastu kul 5 bangun lagi.. Tanye "azfar nak susu ke?" terus dia tunjuk dapur. Aku bangun terus g bancuh susu.. Tapi dia xnak minum. Buntu, xtau nak buat apa.. Tido pon dia xnak. Nangis je. Tanye dia lagi, "azfar nak buai ke?" pastu dia tunjuk ruang tamu (sebab buai dia memang ada kt ruang tamu). Masukkan dia dalam buai, terus dia hulur tangan mintak botol.. Selesai masalah. Tapi minumnya x sampai 2 oz pon.. Ini duduk kt rumah nene.. Mcmana nnt kalau nak duduk kt putrajaya ye? Berdua pulak tu.. Sebelum ni x jadi masalah sebab dia breastfeed. Bottlefeed dengan ibu dia kureng la.. Mengamuk kalau ibu bagi botol kt dia. Tp bila nak bagi nen dia refuse pulak.. Hmmmm


Sapa2 ada idea mcmana nak bagi azfar nak minum susu dalam botol ye?


Published with Blogger-droid v2.0.1

14 November 2011

bon voyage darling

Oo.. Baru je antar my darling kt klia.. Off to labuan.. Sedih mode ON..


Huhu.. We'll be missing u my love.. Come back home soon.. Hope contract will not be as long as stated on the paper. Hehehe ;)


Published with Blogger-droid v2.0.1