Pages

11 August 2011

zakat fitrah

 salam..
hari tu, ada terbaca blog ustaz amin, pasal zakat fitrah ni.

ustaz kata, kadar zakat fitrah dikira ikut nisbah beras atau gandum atau apa2 makanan ruji sesuatu tempat.. okla, yang tu mmg kita sume tau sebab ustazah masa sekolah dulu memang itulah yang diorang ajar kt kita kan.. yang jadi persoalan, berapa nilai beras (contoh mudah di malaysia, makanan ruji kita nasi) yang patut dinilaikan untuk mendapat kadar zakat... seperti yang kita tau, harga beras sekilogram memang berbeza-beza kan.. bergantung pada kualiti and jenis etc. so, nilai yang ditetapkan adalah bergantung pada nilai beras yang kita makan, nilai yang ditetapkan pejabat agama tu cuma mengambil nilai purata harga beras yang mampu dibeli kebanyakan kita. so, bagi sesiapa yang makan beras wangi tu, takkan kena bayar harga beras yang ditetapkan tu kan.. kenalah bayar lebih lagi. caranya, lebihkan bilangan kepala yang dibayar. contohnya, kalau isi rumah ada 3 orang, bolehlah bayar untuk 4 - 5 orang.

hmm.. saya tak layak nak kupas topik ni. entry ni sekadar bertujuan nak kongsi pasal kesedaran zakat fitrah ni.. so bolehla baca lebih lanjut kat blog ustaz amin berkenaan kadar zakat fitrah ni ye...

ok kawan2... semoga bermanfaat.
selamat berpuasa..




-------------------------------------
where love n hate collide
-------------------------------------
fiza nazri


1 comment:

  1. saya beli beras wangi...tapi 5kg tahan 2-3 bulan...hehehehe....cemana tuh?

    ReplyDelete