Pages

23 November 2011

azfar bottlefeed update

Hmm, smlm ptg, dlm kul 7 aku bagi susu dalam botol kt azfar, n dia dah nak minum sambil baring kat bawah (instead dalam cradle).. Alhamdulillah. Malam tu, before tido, dia da minum halfway sambil baring atas katil, then dia bangun xnak tido. Hmm.. X leh jadi, terus offer masuk cradle, then bancuh susu lagi sebotol, n dia minum sampai habis while lying inside his cradle. Then baru ajak tido kat bilik.


Then again, around 2am dia bangun, bagi susu lagi, minum dalam cradle gak, sampai habis n tido sampai kul 5am. Kul 5 tu dia bangun lagi, minum lagi tapi kali ni bagi atas katil je, n alhamdulillah habis gak sebotol minum sambil baring kt katil tu.. Kul 7am bangun lagi, bancuh susu lagi, tapi kali ni minum dgn nenek da la (ibu nak g keje dah)..  So harap lepas ni dah buleh minum kt mana2 pun la ye sayang..  X payah la ibu bawak balik cradle tu ke putrajaya nanti..  Hehehe.. Two thumbs up untuk azfar!


Btw, azfar minum banyak kali sebab bancuh sikit2 je utk dia.. Lebih kurang 4oz sekali bancuh. Huhu.. Bg suaikenal sebab dulu breastfeed bkn byk minum pun. Cuma kerap.


Published with Blogger-droid v2.0.1

22 November 2011

telatah azfar

Scene 1:

Masa: 1030am 22112011


Nenek: azfar ada demam lagi x? (soalan tuju untuk ibu, sambil dukung azfar)

Azfar: (sentuh dahi dgn tangan sendiri, pandang nenek sambil geleng-geleng kepala)

Nenek & ibu: ketawa je laa


Scene 2:


Ibu nampak kereta, tunjuk kt azfar sambil cakap "te"... Xpun full verse "itu kereta"..

Pastu mesti azfar pandang ibu, pastu akan sebut "kar".. Hehehhe.. Omputih ke ko nak...


Scene 3:

Masa: pagi ahad lepas


Nenek: (sambil pegang perut azfar) kosong da perut ni, asyik taknak makan..

Azfar: tunjuk pampers yang penuh (tetibe dia dah berak)

Wakakakakakaka


Sejak sakit ni, macam2 pandai dah dia.. Betul kot kata orang dedulu.. Budak ni demam nak pandai.. Hihi


Published with Blogger-droid v2.0.1

cerita sedih 22.11.2011

hari ni bangun pagi dengan semangat berkobar-kobar nak menghantar azfar ke nursery.. Ye la, semalam petang da sihat, da buleh mKn, da banyak minum susu, da main kt luar sambil tak pakai pampers.. Malam pon mood baik, byk makan aiskrim.. Makan nugget fries sume la.. Susu pun minum gak, agak banyak dari selalu.. So memang mood semua org da baik sangat tengok dia dah sihat..


Sampai kt nursery pagi tadi, teacher dia happy sambut azfar, walaupun azfar mcm nak xnak je masuk nursery, so dengan senang hati jugak aku tinggalkan azfar kat nursery dia...


Masuk je parking kt ofis, telefon berdering, tengok no nursery.. Sudah, apahal pulak kali ni... Teacher dia ckp, azfar da mandi, n diorang nampak azfar masih ada ulcer, n diorang request surat doktor kerajaan. Aduii.. Malasnya nak g klinik, sbb paed azfar dr saiful cakap azfar ok, kes ni bukan hfmd. Tengok kaki n tangan clear, xde bintik2.. Tp still diorang nak surat doktor jugak. So, secepat kilat, aku naik ofis, g punch in, trus isi borang time off, terus shoot g amik azfar kat nursery. Kalau ikutkan, azfar ada kelebihan kali ni sebab mak lang dia tgh posting kt klinik putrajaya. Patutnya leh la dapat selit line kan, tapi sistem register kt klinik putrajaya mmg sgt solid, xleh potong queue.. Hahhaha.. Tapi xpe, aku g gak daftar, ikut proc lagi.. N terus gak menunggu.. Tapi sampai ke sudah nombor x dipanggil lagi.. Sian kat azfar, da la belum breakfast..  Aku ketuk bilik doktor, explain nak surat pengesahan je, terus doctor tu direct queue azfar ke blk doc lain yang lebih laju.. Within 30minutes semua selesai. Walllaaaa... Azfar x dapat surat doktor yang dia bebas dari hfmd.. I did tried request for MC sbb da x cukup cuti untuk jaga azfar if he has to be quarantined.. Tapi x berjaya. So, tgk jam ada 2 jam lebih lagi, terus shoot balik langat, antar azfar kat nenek.. Sian dia, nenek kene jaga lagi sampai friday. Huhu.. Meaning, ibu kene berulang lagi la sampai jumaat ni.


Sabar je la kan.. Nama pun dugaan...


Huhu


Ni gambar azfar tadi, balik umah nenek terus pulun makan coklat.. Kelaparan :-P


Published with Blogger-droid v2.0.1

21 November 2011

paranoia

Ok... I know i'm being paranoid over my menstrual cycle.. Hahhaha..

I have my mens now so i am paranoid free for another THREE MONTHS..

Sorry darling that i posted this, i think i'll be ready by next year for another trial. Hahahhahaa love u..


Published with Blogger-droid v2.0.1

18 November 2011

eczema

Ok, now sapa yang kenal azfar mmg tau dia ada eczema.


Selasa lepas EL, sbb nak jaga azfar yang tengah ulcer n demam on off tu.. Being me, mana larat nak lekat duduk kt rumah kan. So ajak adik n giant cheras yang baru bukak tu.. Saje jalan2 cuti mata.. Last destination, ke guardian.. Mencari sebamed sebab aritu balik langat ingat kejap je, x semua barang bawa balik. Plan asal nak balik putrajaya semata-mata nak ambik sebamed dia, tp rasa sangat tak berbaloi. Decide beli je another bottle utk ditinggalkan kat rumah mama. So, this promoter tetibe propose sabun lain, instead of sebamed, sebab masa tu dia tenbok condition kulit azfar sangat horrible. Dia suggest "EUBOS", product germany. Aku request nak tengok barangnya, belek keliling, terus decide nak beli.. Harga memang mahal gile, untuk dua botol 200ml each, sama dengan harga satu liter sebamed. Huwarghhh... Tapi anak punye pasal, beli la jugak.. Dia bagi lotion botol kecik, free and aku pakaikan kt azfar jugak, after every bath. Since start pakai selasa lepas sampai hari ni (jumaat), perubahan kulit azfar sangat ketara.. Pipi da lembut, luka kt kaki da kering n dah takde bekas kuping2 tu, dia pun da semakin kurang menggaru.. This product is oil base, tujuan dia nak lock mosturizer dalam kulit la kot..


So, lepas ni rasanya setia kt sabun ni je kot.. Pasni nak g carik lotion besar sikit.. Btw, untuk nappy rash azfar jarang kena. Tapi bila da kena, biasa aku apply nappy rash cream brand 'Himalaya'. Memang bagus sebab in just one application, rashes all gone. ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.1

azfar x sihat lagi



Alahai... Sedihnye rasa.. Azfar sampai arini x sehat lagi.. Masih xmo breastfeed.. Formula pun bkn nak banyak pun, setakat hilangkan dahaga je.. Iye2 bancuh susu 4oz, tapi minum kadang tu x sampai setengah. Kekadang, langsung x minum pun ada jugak. Apa nak buat ek?


Dari ahad tuhari, masa outstation lagi mulut dia da kena ulcer.. Bukan aku x usaha g klinik, tapi masuk ni da 3 kali ye.. Termasuk hosp putrajaya. Ubat jel pun sapu.. Ubat spray apatah lagi. Kalau ulcer je, takde la risau sangat, tapi melarat sampai demam bagai. Mana x demam, minum da kurang, badan da kurang air.. Jadi temp badan naikla...


Sekarang ni harap sangat dia cepat2 sihat balik. Ibu nak duduk rumah kita la sayang.. Tapi risau jugak nak duduk berdua je nnt.. Skrg, azfar minum susu bila baring dalam buai, klu baring kat luar, dia xnak minum susu.. Air kosong dia nak jugak la.. Malam tido agak lama, sbb sblm tido dia makan. Mcm smlm, kul 9 makan, kul 1030 da tido.. Ibu pun tido skali. Pastu tido straight sampai kul 4am. Bangun je aku bg sip air masak, pastu dia tido.. X semapt offer susu.. Pastu kul 5 bangun lagi.. Tanye "azfar nak susu ke?" terus dia tunjuk dapur. Aku bangun terus g bancuh susu.. Tapi dia xnak minum. Buntu, xtau nak buat apa.. Tido pon dia xnak. Nangis je. Tanye dia lagi, "azfar nak buai ke?" pastu dia tunjuk ruang tamu (sebab buai dia memang ada kt ruang tamu). Masukkan dia dalam buai, terus dia hulur tangan mintak botol.. Selesai masalah. Tapi minumnya x sampai 2 oz pon.. Ini duduk kt rumah nene.. Mcmana nnt kalau nak duduk kt putrajaya ye? Berdua pulak tu.. Sebelum ni x jadi masalah sebab dia breastfeed. Bottlefeed dengan ibu dia kureng la.. Mengamuk kalau ibu bagi botol kt dia. Tp bila nak bagi nen dia refuse pulak.. Hmmmm


Sapa2 ada idea mcmana nak bagi azfar nak minum susu dalam botol ye?


Published with Blogger-droid v2.0.1

14 November 2011

bon voyage darling

Oo.. Baru je antar my darling kt klia.. Off to labuan.. Sedih mode ON..


Huhu.. We'll be missing u my love.. Come back home soon.. Hope contract will not be as long as stated on the paper. Hehehe ;)


Published with Blogger-droid v2.0.1

13 November 2011

hfm

Td pas checkout hotel, check mulut azfar ada bintik2. risau terus melanda takut hfm sbb jumaat lepas nursery dia gtau ada kes hfm masa ari khamis sblm tu.. Menggelabah kami pusing melaka carik klinik tghari ahad, mostly klinik tutup, klu x pun doctor tgh break sbb time lunch hour. Nk tunggu smpi doctor dtg blk kul 3.30 sgtla x berbaloi, terus jalan carik klinik lain plak, nasib ada.. N tgh xde pTient plak masa tu, dpt masuk terus la. Doc check azfar, tgn n kaki xde pape. Mulut je yg ada panas dalam sket, pastu mmg ada demam, tp mild je la... Terus dpt ubat sebeban.. Tp smpi skrg memang xde selera makan sgt lagi. Air liur pun meleleh je sbb sakit mulut tu gamaknya.. Harap dia ok la kan.. Ni protes takmo bagi ayah g keje awal ke sayang...? Huhu.. Mulut tu asek dok menyebut ayah..ayah je... Alaaa syian anak ibu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

3 hari di melaka

Huwarghh..


Bersiaran dari bilik retreat. Session masih belum habis lg. Check out kang kul 1.. Ntah sempat nak mengemas barang2 kang ke ntah tak sempat.. Terasa la penat sgt badan ni.. Bila terfikir esok hubby da nak start keje, makin lemah rasa.. Terbang sume semangat ku.. Azfar plak nampaknya da mula rapat dgn ayah, bila da rapat, ayah lak tinggalkan dia g keje. Sedih wooo.. Esok pagi2 kene g hosp putrajaya plak.. Ada apoinment azfar. Follow up dr hosp ampang aritu. Mmg saje request nak pindah hosp, sbb hosp ampang tu walaupun dkt dgn mama, tapi parkingnye yarabbi.. Tp nasib kt hospital putrajaya belum tau lagi ye.. Mungkin lagi teruk. Huhuhu...


Kt cni, perkara azfar paling enjoy, bab mandi.. Padahal mandi dlm tab je, malas nak bawak masuk swimming pool. Tu pun da cukup berperang pujuk dia kuar cpt dr tab, mcm ptg smlm, sejam lebih gak dia mandi dgn ayah.. Hehehehe... Pastu kan, skrg ni kan ayah dia yang jaga sume, asek laa tido je keje dia.. Pagi2 dia da jadi alarm clock ibu, bangun siap2, then terus turun breakfast. Pastu dia naik bilik dgn ayah, main2 gurau2 sket pastu nnt ayah msg ibu ckp


azfar da tido... Wakakaka.. Petang pun tido gak tau.. Tapi kalau dgn ibu dia, jgn harap ye puan2.. Dia aseklaa main2.




Malas nak insert picture.. Lain kali la kot.. Skrg mmg xde mood sgt nk amek gambar.. Besar bagak sgt nk kuarkan tab ni utk amek gambar.. Kalau nak transfer gambar dari camera phone lagi la malas. Heheheh


Otw balik ptg ni nk ke alor gajah jap, jumpe kawan hubby. Pastu singgah kajang jap jumpe bos dia nak amek coverall.. Pagi isnin g apoinment kt hosp putrajaya, pastu g antar azfar ke nursery, terus shoot klia antar hubby.. Kali ni turun kt labuan.. Huwaa... Bye2 darling.. Hope dpt sign off awal.. Hehehhe


Published with Blogger-droid v2.0.1

12 November 2011

avilion legacy melaka

Mcm haram wehh.. Td jumpe drawer-full of garbages.. Yuckss.. Housekeeping kata dorg sebok arini, smpi terlepas pandang? Buleh ke bagi alasan cenggitu.. Hishhh


Published with Blogger-droid v2.0.1

11 November 2011

setelah sekian lama x update blog

salam...

setelah sekian lama xde post entry, hari ni rasa mcm teringin nk berblog kembali.. mcm biasa, mmg tak akan super aktif la mcm kwn2 lain.. saye cuma selesa membaca blog kwn2.. selain malas nk menulis, saya belum mesra lagi nak berblog guna galaxy tab ni. hehhe..akhirnya saya beli jugak gtab ni, after much consideration (much sbb saya da xtau berapa banyak kali decide nk beli then akan ada second thought yg akan cancel decision nk beli, then after few days akan teringin beli lagi n the thinking processes keeps on repeating the same)...

words to myself:lepas ni kene carik apps utk blogging

hmmm... ptg ni kang nak kene pergi melaka, ada keje sket. masa duduk kt perangkaan tuhari, mana de sesuka hati sesedap oren je antar pegawai cabuk mcm aku untuk wakil benda gini.. tapi skrg, terpaksa la... ai sgt tak rela.. tapi apa buleh buat.. terus call urusetia utk request bilik sorg n akan travel sendiri sbb mmg nk bawak hubby n azfar pegi skali.. alang2 hubby tg cuti lg, baik angkut azfar skali. xyah susah2 nk bawak breastpump. malas aku nk pump n nak simpan lagi.. furthermore, azfar mmg xnak isap susu perah.. mau freshh saja.. wakakaka...

alasan berikutnya, 15hb ni birthday hubby, n tarikh tu jugakla dia kene g kerja. adehh.. cuti kali ni sebulan setengah je, xdpt 3 bulan mcm selalu.. sedih gak, tapi duit kene gak carik kan.. skarang ni terlalu banyak komitmen rasanya, bila kitorang da decide nk beli rumah 2 bijik. wakakakaka tamak nak mampos.

hmm.. nnt la ai update lagi, tu pun kalau mood rajin ada nanti la.. bila tu tak dapat nak decide sekarang la ye.. tunggu je bebila ada update enty lagi nnt.. nanti lagi. byk sgt nanti kan.. ye la, bagi laa ai masa nak bermesra dulu dengan gtab ni, dgn keypad dia.. hehehe.. klu da familiar nnt rajin tu akan dtg sendiri la kot.. kita tungguu.. hahaha macamlaa ada yang rindu dngan entry aku nih. peraaaannnnn... hihihih

okla, off duku, jap lg nk balik da, bajuapa pon x kemas lagi. hehe daaaaa